Saturday, November 28, 2009

Barcelona Spain November 2009

Salam dan berjumpa kembali,
Selamat Hari Raya Qurban atau Eidul Adha untuk semua orang Islam tak kira dimana saja berada dan kepada yang menunaikan ibadat haji semoga mendapat haji yang mabrur. Kepada kaum keluarga dan sahabat handai semua, kami dalam keadaan sihat dan ni kami sekeluarga berada di Barcelona 4 hari sempena cuti raya.Enjoy snap-shot yang sempat di rakam semasa di sini

Saturday, November 21, 2009

Sierra Nevada & Granada View

Salam dan Hola,.....................
Kali ni agak banyak juga slide yang di sertakan untuk semua. Hanya jika ada masa terluang sikit dan anak-anak dah tidur baru boleh kerjakan slide ni. Inilah latest activity kami iaitu Granada,Spain. Nak cari salji kononnya yang jumpa hanyalah salju,....kah,..kah,..kah,.. Insaallah next time kita kesana lagi.
Ok Adious,...........Amigos,.........

Friday, November 20, 2009

Picnic at La Mangga Beach & Cartagena Downtown

Salam untuk Semua,
Hi, bersua kembali dengan new edition of slide in La Mangga Beach and sekitar downtown Cartegena.Untuk mengisi masa terluang kami disini pantang ada cuti kami akan meronda sekitar dan trip yang jauh normally on off day je. Untuk semua layan je slide yang di sediakan di bawah
Bye,..bye,..bye,...

Terra Mitica Fun City Park,Ali Cante,Spain

Hola dan Salam untuk Semua,
Semoga kalian semua dalam keadaan walafiat dan happy sokmo hendaknya. Kami di sini alhamdullilah sihat cuma mama kurang sihat sedikit. Insaallah sedikit hari lagi akan hilanglah segala cubaan itu.Thanks alot mama.Untuk update kali ni agak lama masa di ambil mungkin sibuk sikit dengan kerja dan round Spain.Ni tak abis lagi. Untuk menghilangkan kepuasan anak-anak dirumah, kami berkunjung ke Terra Mitica for 1 days.Enjoy sakan dia orang. Thanks juga untuk Angah dan Rizal sudi menemani kami ke sana. Tapi yang spoilnya ada orang tu takut naik roller costa,....kuang,..kuang,...kuang,... Tapi dah berani mencuba sikit ok dah tu.Enjoylah snap shot yang sempat di rakam semasa di Terra Mitica
Adoius, Asta Mayana,....................

Tuesday, November 3, 2009

Madinat Al-Zahara Cordoba

Salam dan berjumpa kembali,
Inilah perkembangan terbaharu kami di sini Madinat Al-Zahara di Cordoba. Disinilah bermulanya Islam bertapak di Spain. Tengokkan video klip yang disediakan oleh dia orang rasa betapa ruginya Islam telah di gulingkan oleh Kristian.Zaman Islam disini dulu adalah Zaman Khalifah Umayyah. Perjalanan dari Cartagena mengambil masa lebih kurang 5 jam dan kami pergi dengan geng-geng Malaysian di sini. Sampai saja di Cordoba kami bermalam disana, tak larat dah nak balik lagipun kesian kat anak-anak, dah penat.So enjoylah snap shot yang sempat dirakan ketika di Cordoba. Adious,..............

Followers